PERMATA SELANGOR

PERMATA SELANGOR
PROGRAM USAHAWAN MUDA SELANGOR

PeNeRaJu Per-PearL

PeNeRaJu Per-PearL
*gambar sebelum rombakan ALP terbaru

Pengenalan

Per-pearl SunShine Enterprise adalah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2008 di bawah Permata Selangor. Pelbagai barangan dijual di sini. Datanglah, lawati dan belilah barangan di syarikat kami yang bertempat di SMK Sungai Choh. KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, June 14, 2008

Kursus Intensif Microsoft Word and Excel 2003








Kursus ini telah dianjurkan oleh PKNS yang bertempat di Hotel De Palma....
Seramai 33 orang pelajar telah mengikuti kursus ini iaitu terdiri daripada 17 buah sekolah.
Setiap syarikat akan diwakili oleh 2 orang pelajar tetapi terdapat sebuah syarikat yang hanya menghantar seorang wakil iaitu dari syarikat Aura Resources...
Kursus ini berjalan selama 3 hari iaitu dari 11.06-13.06 2008....
Tujuan utama kursus ini adalah untuk ahli syarikat untuk menggunakan microsoft word dgn excel dengan lebih cekap dalam membantu mereka untuk memajukan syarikat masing....
Kursus ini telah dimpimpin oleh beberapa orang fesi...
Pelbagai aktiviti telah dijanlankan seperti mereka produk baru, persembahan nyanyian dengan lagu yang telah ditetapkan, bermain permainan monopoly.....
Terdapat juga pertangdingan membuat RP(Rancangan Perniagaan)...
Dan pemenang bagi RP adalah syarikat kami sendiri iaitu PER-PEARL SUNSHINE ENTERPRISE yang telah diterajui oleh Nur Aiuny Bt Mohd Fuad sebagai CEO(Chief Executive Officer)..

Friday, April 4, 2008

Perhatian...!!!!!

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Kiosk kami..
>>> SILA KLIK DI SINI <<<

Tuesday, March 18, 2008

Mutiara Kata

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, kerana kekayaan boleh memusnahkan. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah...

Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tetapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya...

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan...

Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut agar kamu layak berada di puncak dunia...

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal...

Bersungguh-sungguhlah demi masa depanmu, hidup hanya sekali, zaman mudamu akan pergi, zaman tuamu sedang menanti.. jangan sampai kamu menyesal di kemudian hari...

RTM - TV1

RTM - TV2

Radio Fly fm

Radio Muzik fm

Radio Hot fm